Antara kuih kesukaan aku...huhu,sebenarnya ini entry untuk bulan 12 tahun lepas,tapi tak sempat nak posting, so hari ni dengan penuh rasa rajin, i entry la...kuih ni simple dan mudah di sediakan...janji ada acuan~ semua jalan..hehe.Jom tengok resepi ...
Bahan-Bahan adunan kuih :
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan pekat
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
Air
Bahan untuk inti :
1 cawan serunding daging
4,5 biji cili merah *dimayang halus
Sedikit daun bawang *dimayang
Cara-cara membuatnya:
1. Ayak tepung gandum,kemudian masukkan telur, santan, gula, garam secukup rasa dan gaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit kemudian kacau dan jangan terlalu cair
3. Panaskan acuan dan masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan kemudian isikan setiap acuan dengan kuih cara.
4. Kuih separa masak,taburkan serunding daging, cili merah dan daun bawang..
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!!
No comments:
Post a Comment