Dah lama sangat tak makan jemput-jemput sayur...hehe,hujan-hujan camni best juga makan jemput-jemput dengan air teh~hehe,ni lah antara makanan orang kampung ek ...tapi tak kisahlah,yang penting perut terisi.Jom tengok jemput-jemput aku...
Jemput-jemput tanpa sos~ memang tak best kan...kat bawah ni aku sertakan sos,intai sikit sos~
Bahan-bahan jemput-jemput :
1/2 kilo gandum cap sauh
1 biji telur
1 batang lobak merah *dipotong dadu
1 biji ubi kentang *dipotong dadu
3 batang kacang panjang *dipotong kecil
1/2 bawang besar *dimayang
1/2 cawan bilis kecil
1 sudu perasa sedap known
Garam secukup rasa
Air
Cara-cara membuatnya :
1.Ayak tepung gandum,kemudian masukkan lobak merah,kajang panjang,ubi kentang,bawang besar dan gaul
2.Masukkan telur,bilis kecil,perasan known dan garam secukup rasa.
3.Masukkan air dan gaul perlahan-lahan tapi jangan terlalu lama~di khuatiri jemput-jemput akan menjadi keras selepas di goreng..
4.Panaskan minyak dan goreng.
Bahan-bahan untuk sos :
1 kerek gula melaka/nisan
2 sudu besar cili boh/lada kisar
2 sudu besar cuka
1 sudu kecil asam jawa
Garam secukup rasa
Cara membuatnya :
1.Masak gula melaka/nisan, kemudian masukkan cili boh/lada kisar dan kacau
2.Masukkan cuka,asam jawa dan garam secukup rasa..
Selamat Mencuba dan menjamu selera
No comments:
Post a Comment