welcome


Friday, July 8, 2011

8 JENIS MANUSIA?

Lama tak menjenguk blog, kesian kamu ya cik blog...makin kusam, dan usang..nanti aku mekapkan yew..hahaha, masa begitu cemburui aku, keletihan membalut diri yang kerdil ini sehingga idea yang datang mencurah di biarkan pergi tanpa aku sedari, cewahh..ayat,ok hari ini aku nak kongsi serba sedikit berkaitan manusia, setahu aku manusia ni memang banyak jenis tapi tidak ketahuan berapa jeniskah manusia itu~info ini sekadar perkongsian ringan dipetik dari sebuah buku, harap memberi akan kita sedikit pengetahuan..jom baca!

Manusia 1 : manusia Mukmin
mereka yang mempercayai dengan sepenuh hati apa yang dibawa oleh Rasulullah adalah dari Allah, dan segala pengetahuan yang diperolehi digunakan untuk meningkatkan iman. Patuh segala suruhan dan tinggal segala larangan serta menjadikan al Quran sebagai panduan...inilah mukmin yang sebenar. Adakah kita tergolong dalam dolongan ini? fikir-fikirkanlah..
Manusia 2 : manusia Muslim
mereka yang tunduk dan patuh terhadap apa yang dibawa oleh Rasulullah. Mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Iman dan islam, dan antara keduanya tidak dapat dipisahkan.
Manusia 3 : manusia Munafik
dari segi istilah syara' manusia ini menyembunyikan kekafirannya dengan berpura-pura menunjukkan keislamannya samada dari segi percakapan mahupun perbuatan. Kadang-kadang orang macam ni memang susah nak detect. Tempat yang paling sesuai bagi manusia munafik ini adalah neraka yang paling bawah sekali.
Manusia 4 : manusia Musyrik
mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu makhluk yang lain serta mempercayai adanya satu kuasa lain yang lebih hebat dari Allah. contoh paling mudah untuk kita faham, bomoh...adakah kita jua menghampiri kepada manusia jenis ini? nauzubillah...
Manusia 5 : manusia Kafir
mereka yang mengingkari akan keesaan Allah, tidak mempercayai nabi dan syariat yang dibawa oleh nabi bahkan menginkari rukun iman dan islam.
Manusia 6 : manusia Murtad
manusia yang tidak lagi tunduk dan patuh pada syariat islam. Menghalalkan perkara yang diharamkan dan mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah s.w.t
Manusia 7 : manusia Fasiq
manusia yang terkeluar dari jalan kebenaran serta tidak mempedulikan segala titah perintah Allah s.w.t. Setiap permasalah yang dihadapi tidak diselesaikan mengikut syariat sebaliknya mengikut hawa nafsu sendiri. Manusia sebegini telah jelas bilangannya di masa kini. contoh yang paling jelas adalah ulama moden sekarang yang meletakkan sesuatu hukum berdasarkan fahaman sendiri, dan bukan berlandaskan al quran..subhanaAllah..
Manusia 8 : manusia Zalim
manusia yang tidak memiliki perasaan takut sedikitpun pada Allah s.w.t. Kebanyakan dari mereka tergolong dari golongan orang kafir dan tidak beriman kepada Allah. Dan sesungguhnya Allah amat membenci akan golongan ini..

*pernah aku ditanya mengenai perbezaan bagi jenis2 manusia seperti di atas, gurlpp..aku sendiri terkial-kial menjawabnya.tiada kepastian, keliru dan ragu2.. kenapa? kerana ilmu yang dipelajari tidak diamalkan dan disebarkan..itulah kelemahan diri yang kerdil ini..

RAMA-RAMA KE KUPU-KUPU??

Rama-rama tu kupu-kupu ke?? dulu, aku selalu terkeliru tentang rama-rama dan kupu-kupu...ku sangka rama-rama dan kupu-kupu itu adalah satu..hehe, rupanya mereka adalah golongan serangga yang berlainan..Menurut google perbezaan fizikal utama ialah pada sesungutnya. Kebanyakan rama-rama mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut kupu-kupu pula lebih berbulu.Perbezaan lain adalah kupu-kupu akan merentangkan sayapnya apabila berehat, manakala rama-rama sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat.Kebanyakan rama-rama aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala kupu-kupu aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu.Rama-rama suka hinggap di bunga.Ia menghinggap menggunakan mulut yang berbentuk seperti straw.Jom kita tengok rama-rama yang cantik!!

Antara rama-rama dari jenis Famili Papilionidae- The Swallowtails
 Blue Mormon,Papilio polymnestor.
 Papilio constantinus
 Papilio machaon

Antara rama-rama dari jenis Famili Pieridae - The Whites and Yellows
The Orange Tip,Anthocharis cardamines.
Green-veined White,Pieris napi.

Antara rama-rama dari jenis Famili Riodinidae - The Metalmarks, Punches and Judies
Punchinello,Zemeros flegyas
Tailed Judy,Abisara neophron

Antara rama-rama dari jenis Famili Nymphalidae - The Brush-footed Butterflies
Common Nawab,Polyura athamas,
a charaxine Nymphalid from India.
Morpho rhetenor helena a morphine from South America
Rama-rama monarch,Danaus plexippus
the most widely known danaine butterfly.
Glasswing butterfly,Greta oto.

Friday, June 10, 2011

TEMAN, KAWAN & SAHABAT

Kawan,teman,sahabat....perkataan yang berbeza namun membawa makna yang sama~ kecuali sahabat karib,sejati...perkataan ini kelihatan sedikit berbeza...kawan,teman atau sahabat kekadang ada bersama kita waktu kita senang,dan amat sedikit hadirnya ketika kita dalam kesusahan...manakala sahabat karib adalah insan yang paling rapat,yang sentiasa ada bersama kita ketika kita susah mahupun senang,menjadi pendengar terbaik kita,penasihat kita dan sentiasa menegur kesilapan dan mendorong kita ke arah kebaikan.wah2!! panjang lebar pula ye cik yusairah kita ni..kenapa tiba-tiba terentry pasal sahabat ni~huhu,sebenar hati ini terasa rindu pada kenangan bersama kawan-kawan...dan seorang sahabat yang jauh..hehe.Sebelum kita tengok 9 kunci persahabatan yang baik..Jom tengok gambar aku dengan kawan-kawan...

Teman-teman semasa menuntu di KUSZA/UDM...rindu kalian

Jom tengok 9 kunci persahabatan yang baik...baca...baca...n praktik,baru le tak lupa...
 
1) Memilih teman yang punyai minat seperti anda,tetapi jangan pula mengenepikan teman yang tidak mempunyai persamaan dengan anda,so try untuk bersifat terbuka.

2) Berlaku baik terhadap teman,InsyaAllah,andai kita berbuat baik,pasti balasannya baik

3) Tiada siapa yang sempurna,teman jua begitu, so..andai teman punya sikap yang pelik dan cacat,terimalah seadanya,kerana kadang-kadang kita sendiri pun pelik...haha

4) Saling menghargai...this point paling aku suka.Time sekolah dulu,aku suka buat handmade card buat teman aku,dan paling terharu...card itu masih ada tersimpan bersama dia...terharunye...isskk2

5) Minat,kadang-kadang tak semua perkara yang kita minat,teman minat..so, toleransi lah sikit kan...

6) Komunikasi,point ni paling penting...tanpa komunikasi yang sebetulnya kekadang boleh mengundang 
pergaduhan,bukan dalam persahabatan sahaja. Apa-apa hubungan sekalipun,komunikasi adalah penting!! sebab kita bukan makhluk yang dapat baca buah fikiran orang~

7) Jangan sesekali lepaskan strees atau gunakan teman sebagai tempat lepaskan perasaan.Jika anda berani untuk mendengar luahan perasaan mereka pula..silakan~

8) Belajar antara satu sama lain..berkongsilah segala kemahiran dan ilmu,inilah antara point yang mengeratkan hubungan persahabatan

9) Jangan mengata,walhal memburukan teman dibelakang teman..jangan sesekali seperti sesetengah manusia yang sesuai di cop "kawan makan kawan","gunting dalam lipatan","harapkan pagar,pagar makan padi".Ingatlah,sesungguhnya tiap perbuatan itu pasti ada pembalasannya..

p/s : Hargailah teman sementelah dia masih di sisi kita...

BOMOH TAK RASMI

Demi masa!! sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian...dan demi masa jua aku memang tak ada masa nak update blog. huhu, dan demi masa yang yang telah berlalu pergi tanpa ada yang menghargai, sesungguhnya bumi ini sudah terlalu tua. tapi korang perasan tak?? masa tak tua kan, cuma ia makin pantas berlari...oit!! cik yusairah, straight to the point la..aduss..terlajak sembang memang tak boleh diundur dah..post kali ini tak ada kena mengena dengan masa, maybe next time la kita sembang tentang masa. Kali ini, tuan punye blog nak post sikit pasal bomoh tak rasmi..Fuhh,tajuk boleh tahan.Oleh kerana aku dah hampir nak mengkhatamkan satu buku ni..and the last part ada satu tajuk kecik yang aku kira agak menarik hati untuk aku sharekan dengan korang, terutama untuk korang2 yang suka jadi bomoh tak rasmi...tanpa disangka-sangka..(kadang-kadang aku pun jadi bomoh tak rasmi juga) jom baca!!

  • meramalkan jika kupu-kupu masuk ke dalam rumah, bermakna ada seseorang akan datang. hurmm, aku rasa bukan aku je yang berfikiran macam ni. hampir majoriti antara kita percaya. tapi bila di fikir kembali, mana ada orang nak datang rumah.. kucing ada la, itu pun minta makan..hahaha
  • meramalkan masa depan si bayi dengan menentukan tempat tanam uri bayi tersebut selepas dilahirkan. yang ini aku tak pernah dengar la, maybe ada antara kita pernah dengar??
  • meramalkan sesuatu yang buruk akan berlaku apabila cawan,pinggan jatuh dan pecah. huhu, dan hati akan terdetik perkara-perkara yang menakutkan..betul bukan? terutama perempuan...alahai, aku pun 2x5 juga lew..
  • meramalkan rezeki akan bertambah hanya dengan menggantungkan ayat seribu dinar dirumah atau premis kedai. ini dikira menyalahgunakan kalam Allah. ayat seribu dinar itu untuk dibaca, bukan di gantung untuk perhiasan...bukan ayat seribu dinar sahaja. kadang-kadang aku tengok, ayat-ayat lazim juga ada digantung sebagai hiasan..untuk apa?? tanya diri, jawab sendiri.
  • meramalkan akan mendapat duit apabila tangan berasa gatal. subhanallah, betapa aku telah menjadi bomoh tak rasmi secara tak langsung, kononnye kalau gatal tangan kanan, nak dapat duit duit. tangan kiri nak keluar duit. aik!! dah macam mesin ATM pula tangan ni.
  • meramalkan hafalan al Quran akan hilang jika lalu dibawah ampaian baju. point ini pernah aku dengar time belajar dulu-dulu..kira pantang larang bagi pelajar-pelajar yang menghafal. tapi tak sangka perkara ini boleh jadi syirik.
  • meramalkan roh orang yang mati akan kembali ke rumahnya semula. ramalan ini bercanggah dengan firman Allah dalam surah al Mukmin ayat 100 yang menerangkan bahawa tidak boleh roh seseorang itu kembali semula ke dunia.waallahualam..
  • kepercayaan ramalan buruk oleh si penyebar surat atau sms berantai. Alhamdulillah, syukur sangat kerana hasil dari pembacaan yang berterusan. akhirnya aku temui jawapan pada persoalan aku selama ini. walhal di satu ketika dulu aku hanya berpegang pada satu fahaman aku sendiri,berdasarkan logik akal aku, mana mungkin hidup mati dan nasib seseorang ditentukan oleh sekeping kertas..sekeping sms, pasti tentang ramalan berantai itu tidak benar sama sekali. huhu,pernah satu ketika seseorang memaksa aku membuat salinan. kenapa?? kerana takut nasibnya menjadi malang seperti yang tertulis.. hahahaha..kenapa kita terlalu taksub pada sekeping kertas dan bukan pada sebuah kitab al Quran?? tepuk dada,tanya iman 
  • meramalkan kayu kokka boleh menjadi penyelamat. kebiasaan diakhir buku-buku yang menerbitkan doa-doa dan amalan. ada dilampirkan kelebihan kayu kokka, aku pernah terbaca. tapi tidak terlalu mengambil endah. kenapa?? sebab mungkin aku tak terlalu taksub..hehe.kalau taksub dengan kalam-kalamNya lagi ok kot.. hehe
Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang kelihatan remeh tapi sebenarnya boleh menjatuhkan ia kepada syirik tanda kita sedar. Apa-apa pun, cukuplah sekadar ini perkongsian aku.Insyaallah..semoga dengan perkongsian ini membuka minda dan hati kita. berkemungkinan besar, perkara-perkara di atas antara penyebab solat kita tidak khusyuk..point-point ini telah di petik dari buku FORMULA SOLAT SEMPURNA tulisan ustaz zaharuddin. 

    Friday, April 1, 2011

    KOPI PILIHANKU

    Air kopi?? huh!!cam orang tua la kamu ni, tua itu klasik....dan cool,nikmatnya hanya si peminum yang tahu..Gila kopi tak apa,asal jangan gila dengan minuman berkarbonat sudah.Kata mak,dulu waktu arwah moyang aku muda-muda,dia selalu buat kopi,mak sempatlah tengok arwah membuat kopi dari petik buah kopi hingga penghasilannya...wah!! best kan..andai aku punya peluang,teringin sangat nak tengok macam mana kaedah penghasilan serbuk kopi..Arwah moyang aku seorang penggemar kopi yang tegar,huhu.. dan aku mengakuinya,setiap kali balik kampung...aku selalu perhatikan arwah moyang bersama jag air panas,serbuk kopi,gula dan cawan di sisi...hehe,sah!! memang arwah moyang aku hantu kopi~ dan sekarang genetik tu menurun dekat aku kot...pantang jumpa air kopi panas, pasti 4,5 cawan aku teguk...


    Wah!! sembang punya sembang, lupe pasal entry...huhu, kali ini aku nak share dengan korang fakta tentang kopi...dari sejarah kopi,proses kopi dan kelebihan serta keburukan kopi itu sendiri...jom baca,

    1. Kopi ditemui oleh kambing
    Kira-kira seribu tahun dahulu di pergunungan afrika, sekawan kambing terjaga malam setelah memakan biji kopi merah. Pengembala kambing mendapati kambing ternakannya memakan biji dan daun kopi dengan kuantiti yang banyak. Mulai dari saat itu, manusia mula belajar meminum kopi.

    2. Kopi yang baik bergantung pada kaedah memanggang dan penghancurannya
    Jika ingin menikmati rasa kopi sebenar yang enak, ia bergantung pada kaedah penyediaanya iaitu memanggang dan mengisarnya. Semasa memanggang, minyak dari biji kopi akan keluar dan minyak ini akan menambah rasa kopi. Kandungan kafein di dalam kopi berasal dari minyak yang terbit dari hasil pemanggangan biji kopi ini dan jumlahnya bergantung berapa lama ia berada di bahagian paling dasar. Kopi biasa mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding espresso dan cappucino. Pemanggangan yang lama juga akan menghasilkan kafein yang berlebihan.

    3. Kafein bukanlah penyebab rasa pahit kopi
    Ramai orang yang beranggapan, semakin pahit rasa kopi, maka makin tinggilah kafeinnya. Hakikatnya tidak!

    4. Pengurangan kafein menggunakan bahan kimia
    Untuk mengurangi kandungan kafein dalam kopi, sejenis kimia iaitu methylene chloride digunakan.

    5. Pengurangan kafein (nyahkafein / decaffein) di dalam kopi tidak menyebabkan kafein hilang 100%
    Penyingkiran kafein atau decaffein atau bebas kafein bukanlah menghilangkan 100% kafein kopi. Ia masih kekal di dalam kopi dengan kuantiti yang lebih sedikit. Dengan bahasa mudah, meminum 10 cawan kopi yang dinyahkafein, sama seperti meminum 2 cawan kopi berkafein.

    6. Kopi boleh menyegarkan dan berupaya mengurangi rasa mengantuk
    Fakta ini mungkin telah diketahui ramai. Meminum kopi berupaya membuatkan kita menahan diri dari mengantuk dan tertidur terutamanya di waktu malam. Bagi penggemar kopi yang tidak bertujuan untuk berjaga malam, sebaiknya minumlah kopi 6 jam lebih awal untuk tidak mengganggu jadual tidur.

    7. Kafein boleh mengurangi rasa sakit
    Menurut satu kajian, meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana mampu mengurangi rasa sakit dan lenguh selepas bersukan. Ia lebih berkesan kepada mereka yang bukan peminum kopi tegar.

    8. Kafein boleh meningkatkan rasa ghairah seks
    Kajian yang dijalankan ke atas tikus di makmal membuktikan fakta ini. Dan sekali lagi, ia berkesan untuk mereka yang bukan peminat kopi tegar.

    9. Kopi sebenarnya baik untuk kesihatan
    Sebenarnya kopi memiliki agen antioksidan dan ia baik untuk kesihatan sekiranya tidak keterlaluan mengambilnya.

    10. Kafein boleh membunuh
    Benar sekiranya seseorang mengambil kopi dengan kadar yang tinggi melebihi sehingga 80-100 cawan sehari. Jangan mencubanya!

    Wah!!gila-gila aku dengan kopi,tak ada lagi nak teguk 80-100 cawan sehari...hahaha,agak-agak berapa kali masuk tandas yew...hahaha.

    Thursday, March 17, 2011

    15 PERKARA AKIBAT DATANGNYA BENCANA

    Dah hampir sebulan tak berblog, kerja punya hal...hehe,tapi apa-apa pun aku memang suka dengan kerja aku sekarang, yang penting halal,tak terlalu membebankan dan tak terlalu tertekan...whatever lah katakan, walaupun sibuk dengan kerja, aku masih sempat mencuri waktu yang terluang untuk mengetahui tentng isu semasa yang melanda dunia, dan seperti yang kita tahu, bencana yang paling teruk melanda Sendai,Jepun dengan tsunami. Pelbagai andai yang kita dengar mengenainya, ada yang mengatakan bencana yang melanda itu disebabkan bala, ujian, murka Allah dan sebagainya...apa-apa pun, terserah pada kalian dengan apa yang kalian fikirkan,


    Entry kali ni memang berkait sangat dengan bencana, tujuan aku? untuk mengaplikasi kembali pembacaan seterusnya sebagai peringatan untuk diri dan umat islam sejagat..Terdapat 15 perkara yang bila mana umat manusia melalukannya, maka pasti turun bencana menimpa akan mereka,
    1. Menganggap kekuasaan sebagai suatu perniagaan mencari keuntungan
    2. Manganggap amanah seperti ghanimah(harta rampasan perang)
    3. Menganggap zakat merugikan
    4. Lelaki tunduk pada isteri
    5. Anak derhaka kepada ibunya
    6. Anak lebih taat kepada kawannya berbanding kepada kedua orang tuanya
    7. Anak membenci ayahnya 
    8. Ramai orang menjerit-jerit di dalam masjid
    9. Pemimpin adalah yang rendah budinya
    10. Orang ditakuti kerana kejahatanya
    11. Minuman arak berleluasa
    12. Ramai orang memakai sutera
    13. Penari wanita berleluasa
    14. Muzik dimainkan di merata-rata tempat
    15. Umat islam pada hari ini mengutuk umat terdahulu termasuk para sahabat, tabiin dan imam
    Pada aku,perkara-perkara yang telah dinyatakan di atas hampir semuanya telah berlaku samada kita sedar, tidak sedar atau buat-buat sedar. Maka datanglah azab dalam bentuk angin taufan, gempa bumi tanah runtuh dan pelbagai lagi kemusnahan pada saat yang tidak dapat di duga.

    Monday, February 14, 2011

    KERABU PAKU PAKIS

    Asyik kerabu jew...tak jemu ke?? hehe,tengahari tadi santap nasi dengan kerabu~wah!! memang menyelerakan, entry yang lepas,kerabu daging..untuk entry hari ni~kerabu paku pakis...kenapa kerabu?? sebab kerabu adalah masakan yang paling simple,pelbagai dan berkhasiat..kerabu yang aku entrykan kali ini  simple je sebab aku hanya gunakan bahan yang sedia ada di dapur...hehe.Jom tengok resepi!!


    Bahan-Bahannya :
    2 ikat paku pakis
    1 cawan taugeh
    1/2 ikat kacang panjang *dipotong
    1/2 bawang besar *dimayang
    1 ekor ikan selayang *direbus & diambil isinya
    2 sudu besar cuka
    Garam secukup rasa

    Cara-cara membuatnya :
    1.Satukan paku pakis,taugeh,kacang panjang yang telah dipotong dan bawang besar dalam mangkuk.
    2.Masukkan isi ikan selayang yang telah direbus,cuka dan garam secukup rasa dan gaul bersama sayur/ulam tadi.

    p/s : Kata mak,kalu letak kelapa lagi best...hehe..tapi,kelapa tak ada da... =P

    Ok!! selamat mencuba ye!