Dah hampir sebulan tak berblog, kerja punya hal...hehe,tapi apa-apa pun aku memang suka dengan kerja aku sekarang, yang penting halal,tak terlalu membebankan dan tak terlalu tertekan...
whatever lah katakan, walaupun sibuk dengan kerja, aku masih sempat mencuri waktu yang terluang untuk mengetahui tentng isu semasa yang melanda dunia, dan seperti yang kita tahu, bencana yang paling teruk melanda Sendai,Jepun dengan tsunami. Pelbagai andai yang kita dengar mengenainya, ada yang mengatakan bencana yang melanda itu disebabkan bala, ujian, murka Allah dan sebagainya...apa-apa pun, terserah pada kalian dengan apa yang kalian fikirkan,
Entry kali ni memang berkait sangat dengan bencana, tujuan aku? untuk mengaplikasi kembali pembacaan seterusnya sebagai peringatan untuk diri dan umat islam sejagat..Terdapat 15 perkara yang bila mana umat manusia melalukannya, maka pasti turun bencana menimpa akan mereka,
- Menganggap kekuasaan sebagai suatu perniagaan mencari keuntungan
- Manganggap amanah seperti ghanimah(harta rampasan perang)
- Menganggap zakat merugikan
- Lelaki tunduk pada isteri
- Anak derhaka kepada ibunya
- Anak lebih taat kepada kawannya berbanding kepada kedua orang tuanya
- Anak membenci ayahnya
- Ramai orang menjerit-jerit di dalam masjid
- Pemimpin adalah yang rendah budinya
- Orang ditakuti kerana kejahatanya
- Minuman arak berleluasa
- Ramai orang memakai sutera
- Penari wanita berleluasa
- Muzik dimainkan di merata-rata tempat
- Umat islam pada hari ini mengutuk umat terdahulu termasuk para sahabat, tabiin dan imam
Pada aku,perkara-perkara yang telah dinyatakan di atas hampir semuanya telah berlaku samada kita sedar, tidak sedar atau buat-buat sedar. Maka datanglah azab dalam bentuk angin taufan, gempa bumi tanah runtuh dan pelbagai lagi kemusnahan pada saat yang tidak dapat di duga.
No comments:
Post a Comment