welcome


Wednesday, January 26, 2011

HADIAH HARI LAHIR YANG KE 24

Wah!! Dah berbulan lama rasanya tak mengentry apa-apa kat blog ni..hinggakan terasa kekok untuk mencurah sesuatu idea.Fuh…mungkin malam ini aku terlalu lapang untuk berkongsi kembali segalanya…hehe,malam ni tanpa buku anak-anak murid yang kekadang menyemakkan fikiran…rupanya menjadi seorang pendidik bukanlah sesuatu yang mudah..menghadapi kerenah pelajar yang pelbagai ragam membuatkan aku terkenang saat di alam persekolahan…kenakalan aku juga mungkin menyakitkan hati sesetengah guru-guru...*ampunkan patik tok guru…hehe.

Potpet3…kini kita sudah menghampiri akhir bulan januari 2011…wah!! Tak sangka masa berlalu begitu pantas…dan usiaku jua sudah menjangkau 24 tahun 27 hari.Okeylah,untuk entry kali ini aku just nak share dengan kalian hadiah hari lahir aku yang paling bermakna sepanjang aku menyambut hari lahir…kenapa bermakna?? Hehe,yang aku yang tahu...istimewanya bukan terletak pada si pemberi tapi istimewanya pada hadiah yang tersebut...hehe,hadiah ini aku dapat selepas seminggu,gara-gara cuti sempena kemenangan malaysia vs indonesia,hadiah aku terlewat lew..Jom tengok hadiah aku!!


"JANGAN BERSEDIH ...JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA" buat insan-insan yang suka membaca buku,tajuk yang sebegini indah pasti meruntun hati mengundang mutiara mata,kerana yang tersirat di sebalik kata-kata amat bermakna.Ingin ku petik madah kata dilembaran EMAS kelima,

Tempat yang paling dibanggakan di dunia
adalah yang mempunyai penerangan
dan sebaik-baik teman duduk sepanjang masa
adalah BUKU...

Wah!! indah bukan seni penyampaiannya,tersirat dan mendalam..gaya bahasa dan penyampaiannya begitu tersirat sehingga mengundang aku mengulang beberapa kali pembacaan untuk memahami...terima kasih pada yang memberi,dan untuk kalian pengunjung blog aku,insyAllah...dengan penuh kesudian aku akan merumuskan buku ini lembaran demi lembaran buat kalian sebagai perkongsiaan...

No comments:

Post a Comment