welcome


Wednesday, January 26, 2011

KERABU DAGING

Resepi ini baru je di entry selepas 2bulan...haha.Al kisahnya selepas raya qurban,bukan main banyak le daging lembu yang duduk melepak kat peti ais umah akak...sampai nak termuntah peti ais tu.Kasihan..Sambil menjengah blog kak hanieliza,fikiran aku duk berkira-kira nak masak apa untuk makan tengahari.Terpandang je kerabu daging kat http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1429690 terus je aku capai pen dan kertas catat mana yang patut..maka terhasil lah kerabu daging ni...


Memang best!! eee..memang tak senonoh betul sebab aku capture gambar ni time kerabu tu dah hampir kehabisan akibat keenakan..hahaha..so, dekat sini aku entrykan kembali resepi dari hanieliza okey.Sebab tak banyak beza pun...hehe.Jom tengok resepi aku masak!!

Bahan-bahannya :
250 gram daging *daging qurban dalam peti akak...haha
2 batang serai
2 inchi halia *diketuk
2 biji limau nipis/kasturi *ambik jus
1 sudu besar blackpaper
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa

Bahan hirisan :
3 batang serai
Daun bawang 
5 tangkai cili merah
1 labu bawang besar

Cara-cara membuatnya :
1) Rebus daging bersama halia, serai, blackpaper sehingga lembut dan toskan.
2) Daging dihiris nipis, masukkan daging yang telah dihiris ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan semua bahan hirisan.
3) Masukkan gula dan garam secukup rasa,sedia untuk dihidang
 
Selamat mencuba ya!!

No comments:

Post a Comment