welcome


Friday, April 1, 2011

KOPI PILIHANKU

Air kopi?? huh!!cam orang tua la kamu ni, tua itu klasik....dan cool,nikmatnya hanya si peminum yang tahu..Gila kopi tak apa,asal jangan gila dengan minuman berkarbonat sudah.Kata mak,dulu waktu arwah moyang aku muda-muda,dia selalu buat kopi,mak sempatlah tengok arwah membuat kopi dari petik buah kopi hingga penghasilannya...wah!! best kan..andai aku punya peluang,teringin sangat nak tengok macam mana kaedah penghasilan serbuk kopi..Arwah moyang aku seorang penggemar kopi yang tegar,huhu.. dan aku mengakuinya,setiap kali balik kampung...aku selalu perhatikan arwah moyang bersama jag air panas,serbuk kopi,gula dan cawan di sisi...hehe,sah!! memang arwah moyang aku hantu kopi~ dan sekarang genetik tu menurun dekat aku kot...pantang jumpa air kopi panas, pasti 4,5 cawan aku teguk...


Wah!! sembang punya sembang, lupe pasal entry...huhu, kali ini aku nak share dengan korang fakta tentang kopi...dari sejarah kopi,proses kopi dan kelebihan serta keburukan kopi itu sendiri...jom baca,

1. Kopi ditemui oleh kambing
Kira-kira seribu tahun dahulu di pergunungan afrika, sekawan kambing terjaga malam setelah memakan biji kopi merah. Pengembala kambing mendapati kambing ternakannya memakan biji dan daun kopi dengan kuantiti yang banyak. Mulai dari saat itu, manusia mula belajar meminum kopi.

2. Kopi yang baik bergantung pada kaedah memanggang dan penghancurannya
Jika ingin menikmati rasa kopi sebenar yang enak, ia bergantung pada kaedah penyediaanya iaitu memanggang dan mengisarnya. Semasa memanggang, minyak dari biji kopi akan keluar dan minyak ini akan menambah rasa kopi. Kandungan kafein di dalam kopi berasal dari minyak yang terbit dari hasil pemanggangan biji kopi ini dan jumlahnya bergantung berapa lama ia berada di bahagian paling dasar. Kopi biasa mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding espresso dan cappucino. Pemanggangan yang lama juga akan menghasilkan kafein yang berlebihan.

3. Kafein bukanlah penyebab rasa pahit kopi
Ramai orang yang beranggapan, semakin pahit rasa kopi, maka makin tinggilah kafeinnya. Hakikatnya tidak!

4. Pengurangan kafein menggunakan bahan kimia
Untuk mengurangi kandungan kafein dalam kopi, sejenis kimia iaitu methylene chloride digunakan.

5. Pengurangan kafein (nyahkafein / decaffein) di dalam kopi tidak menyebabkan kafein hilang 100%
Penyingkiran kafein atau decaffein atau bebas kafein bukanlah menghilangkan 100% kafein kopi. Ia masih kekal di dalam kopi dengan kuantiti yang lebih sedikit. Dengan bahasa mudah, meminum 10 cawan kopi yang dinyahkafein, sama seperti meminum 2 cawan kopi berkafein.

6. Kopi boleh menyegarkan dan berupaya mengurangi rasa mengantuk
Fakta ini mungkin telah diketahui ramai. Meminum kopi berupaya membuatkan kita menahan diri dari mengantuk dan tertidur terutamanya di waktu malam. Bagi penggemar kopi yang tidak bertujuan untuk berjaga malam, sebaiknya minumlah kopi 6 jam lebih awal untuk tidak mengganggu jadual tidur.

7. Kafein boleh mengurangi rasa sakit
Menurut satu kajian, meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana mampu mengurangi rasa sakit dan lenguh selepas bersukan. Ia lebih berkesan kepada mereka yang bukan peminum kopi tegar.

8. Kafein boleh meningkatkan rasa ghairah seks
Kajian yang dijalankan ke atas tikus di makmal membuktikan fakta ini. Dan sekali lagi, ia berkesan untuk mereka yang bukan peminat kopi tegar.

9. Kopi sebenarnya baik untuk kesihatan
Sebenarnya kopi memiliki agen antioksidan dan ia baik untuk kesihatan sekiranya tidak keterlaluan mengambilnya.

10. Kafein boleh membunuh
Benar sekiranya seseorang mengambil kopi dengan kadar yang tinggi melebihi sehingga 80-100 cawan sehari. Jangan mencubanya!

Wah!!gila-gila aku dengan kopi,tak ada lagi nak teguk 80-100 cawan sehari...hahaha,agak-agak berapa kali masuk tandas yew...hahaha.

Thursday, March 17, 2011

15 PERKARA AKIBAT DATANGNYA BENCANA

Dah hampir sebulan tak berblog, kerja punya hal...hehe,tapi apa-apa pun aku memang suka dengan kerja aku sekarang, yang penting halal,tak terlalu membebankan dan tak terlalu tertekan...whatever lah katakan, walaupun sibuk dengan kerja, aku masih sempat mencuri waktu yang terluang untuk mengetahui tentng isu semasa yang melanda dunia, dan seperti yang kita tahu, bencana yang paling teruk melanda Sendai,Jepun dengan tsunami. Pelbagai andai yang kita dengar mengenainya, ada yang mengatakan bencana yang melanda itu disebabkan bala, ujian, murka Allah dan sebagainya...apa-apa pun, terserah pada kalian dengan apa yang kalian fikirkan,


Entry kali ni memang berkait sangat dengan bencana, tujuan aku? untuk mengaplikasi kembali pembacaan seterusnya sebagai peringatan untuk diri dan umat islam sejagat..Terdapat 15 perkara yang bila mana umat manusia melalukannya, maka pasti turun bencana menimpa akan mereka,
  1. Menganggap kekuasaan sebagai suatu perniagaan mencari keuntungan
  2. Manganggap amanah seperti ghanimah(harta rampasan perang)
  3. Menganggap zakat merugikan
  4. Lelaki tunduk pada isteri
  5. Anak derhaka kepada ibunya
  6. Anak lebih taat kepada kawannya berbanding kepada kedua orang tuanya
  7. Anak membenci ayahnya 
  8. Ramai orang menjerit-jerit di dalam masjid
  9. Pemimpin adalah yang rendah budinya
  10. Orang ditakuti kerana kejahatanya
  11. Minuman arak berleluasa
  12. Ramai orang memakai sutera
  13. Penari wanita berleluasa
  14. Muzik dimainkan di merata-rata tempat
  15. Umat islam pada hari ini mengutuk umat terdahulu termasuk para sahabat, tabiin dan imam
Pada aku,perkara-perkara yang telah dinyatakan di atas hampir semuanya telah berlaku samada kita sedar, tidak sedar atau buat-buat sedar. Maka datanglah azab dalam bentuk angin taufan, gempa bumi tanah runtuh dan pelbagai lagi kemusnahan pada saat yang tidak dapat di duga.

Monday, February 14, 2011

KERABU PAKU PAKIS

Asyik kerabu jew...tak jemu ke?? hehe,tengahari tadi santap nasi dengan kerabu~wah!! memang menyelerakan, entry yang lepas,kerabu daging..untuk entry hari ni~kerabu paku pakis...kenapa kerabu?? sebab kerabu adalah masakan yang paling simple,pelbagai dan berkhasiat..kerabu yang aku entrykan kali ini  simple je sebab aku hanya gunakan bahan yang sedia ada di dapur...hehe.Jom tengok resepi!!


Bahan-Bahannya :
2 ikat paku pakis
1 cawan taugeh
1/2 ikat kacang panjang *dipotong
1/2 bawang besar *dimayang
1 ekor ikan selayang *direbus & diambil isinya
2 sudu besar cuka
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya :
1.Satukan paku pakis,taugeh,kacang panjang yang telah dipotong dan bawang besar dalam mangkuk.
2.Masukkan isi ikan selayang yang telah direbus,cuka dan garam secukup rasa dan gaul bersama sayur/ulam tadi.

p/s : Kata mak,kalu letak kelapa lagi best...hehe..tapi,kelapa tak ada da... =P

Ok!! selamat mencuba ye!

Sunday, January 30, 2011

MAWAR

Namamu seindah rupa...rakus memegangmu jari akan terluka.Mawar, uniknya kamu sehingga nama mu menjadi pinjaman bagi sang manusia. Keindahan seorang wanita muslimah itu umpama mawar yang berduri..masih wujudkan wanita seumpama itu di dunia yang semakin berpenghujung ini? mungkin ada, tapi mengiranya mungkin terlalu sedikit ...hurmmm, (-.-) entry aku kali ini di petik dari buku "JANGAN BERSEDIH...JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA"...buat wanita-wanita di luar sana, aku berharap perkongsian dan pengisian yang aku lampirkan ini bisa mengundang kesedaran di hati aku dan kalian..


Mawar Pertama - Ingatlah, sesungguhnya DIA lah Tuhan yang Maha Mengampuni orang-prang yang beristighfar, dan DIA jua lah yang Maha Pemberi taubat atas siapa sahaja yang bertaubat.

Mawar Kedua - Kasihanilah mereka yang lemah, nescaya anda akan bahagia, Membantu kalian atas yang memerlukan, nescaya kalian akan merasa puas, dan rendamlah emosi anda, nescaya kalian akan selamat

Mawar Ketiga - Optimislah dengan kehidupan kalian, kerana Allah bersamamu, dan para malaikat memohon ampunan untuk mu, kerana syurga itu menunggumu

Mawar Keempat - Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya.Buanglah segala penderitaan dan kesedihanyang merantai hatimu dengan melihat nikmat yang telah DIA anugerahkan pada mu.

Mawar Kelima - Janganlah kalian mengira bahawa dunia ini di ciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana tiada satu manusia pun yang bisa mendapatkan semua yang diinginkan dan terbebas dari segala kepayahan.

Mawar Keenam - Jadilah seperti pohon kurma yang tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, takkala dilempari ia akan batu, dibalasnya dengan buah kurmanya yang ranum.

Mawar Ketujuh - Sedarkah kalian, kesedihan tiu mengembalikan kenangan lalu, dan kegelisah itu bisa membenarkan kesalahan??.Maka untuk itu kalian harus bersedih dan merasa gelisah

Mawar Kelapan - Usahlah kalian menanti hadirnya bencana dan fitnah, tetapi tunggulah kehadiran keamanan,kedamaian dan kesihatan..InsyaAllah

Mawar Kesembilan - Padamkanlah api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah menyakitimu.

Mawar Kesepuluh - Mandi, berwudhu', memakai wangian dan bersiwak dengan teratur itu merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan

Dan aku hanya merumuskan apa yang telah aku baca, penerangan serta penyusunan ayat demi ayat dalam buku ini mengamit pemahaman yang tinggi kerana pembacaan yang sekali imbas tidak mungkin memberi kepuasan yang sebenar, kerana penulis banyak membiarkan pembaca memahami maksud yang tersirat.

CHAR KUEY TEOW

Satu lagi resepi yang tersadai kat post yang tak sempat nak publish, char kuey teow ni aku buat time breakfast, sebab semua bahan dah tersedia ada kat freezer tu, so campak-campak..maka terhasil lah~


Bahan-bahannya :
1 bungkus char kuey teow
1 labu bawang besar *dimayang halus
2 ulas bawang putih *diketuk
Perencah char kuey teow
1 cawan taugeh
Sawi *dipotong
2 biji telur
2 sudu besar cili boh/lada kisar
2 sudu besar kicap masam manis
1 sudu kecil gula
1 cawan kerang *direbus dan diambil isinya
2 cawan air
Sedikit asam jawa
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya :
1. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau..kemudian masukkan cili boh/lada kisar
2. Masukkan kicap, perencah kuey teow, gula, air asam jawa, garam secukup rasa dan kacau sebati
3. Masukkan kerang,dan air sedikit demi sedikit.Kemudian masukkan telur.
4. Masukkan char kuey teow, sawi dan taugeh..separa masak tutup api dan angkat.

p/s : Semasa masukkan telur,sebaiknya tidak perlu kacau..dan jangan masak terlalu lama selepas kalian masukkan char kuey teom dan sayur..

Selamat mencuba~

Friday, January 28, 2011

KUIH CARA BERLAUK

Antara kuih kesukaan aku...huhu,sebenarnya ini entry untuk bulan 12 tahun lepas,tapi tak sempat nak posting, so hari ni dengan penuh rasa rajin, i entry la...kuih ni simple dan mudah di sediakan...janji ada acuan~ semua jalan..hehe.Jom tengok resepi ...


Bahan-Bahan adunan kuih :
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan pekat
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
Air

Bahan untuk inti :
1 cawan serunding daging
4,5 biji cili merah *dimayang halus
Sedikit daun bawang *dimayang

Cara-cara membuatnya:
1. Ayak tepung gandum,kemudian masukkan telur, santan, gula, garam secukup rasa dan gaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit kemudian kacau dan jangan terlalu cair
3. Panaskan acuan dan masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan kemudian isikan setiap acuan dengan kuih cara.
4. Kuih separa masak,taburkan serunding daging, cili merah dan daun bawang..


Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!!

JEMPUT-JEMPUT SAYUR

Dah lama sangat tak makan jemput-jemput sayur...hehe,hujan-hujan camni best juga makan jemput-jemput dengan air teh~hehe,ni lah antara makanan orang kampung ek ...tapi tak kisahlah,yang penting perut terisi.Jom tengok jemput-jemput aku...


Jemput-jemput tanpa sos~ memang tak best kan...kat bawah ni aku sertakan sos,intai sikit sos~


Bahan-bahan jemput-jemput :
1/2 kilo gandum cap sauh
1 biji telur
1 batang lobak merah *dipotong dadu
1 biji ubi kentang *dipotong dadu
3 batang kacang panjang *dipotong kecil
1/2 bawang besar *dimayang 
1/2 cawan bilis kecil 
1 sudu perasa sedap known
Garam secukup rasa
Air 

Cara-cara membuatnya :
1.Ayak tepung gandum,kemudian masukkan lobak merah,kajang panjang,ubi kentang,bawang besar dan gaul
2.Masukkan telur,bilis kecil,perasan known dan garam secukup rasa.
3.Masukkan air dan gaul perlahan-lahan tapi jangan terlalu lama~di khuatiri jemput-jemput akan menjadi keras selepas di goreng..
4.Panaskan minyak dan goreng.

Bahan-bahan untuk sos :
1 kerek gula melaka/nisan
2 sudu besar cili boh/lada kisar
2 sudu besar cuka
1 sudu kecil asam jawa
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :
1.Masak gula melaka/nisan, kemudian masukkan cili boh/lada kisar dan kacau
2.Masukkan cuka,asam jawa dan garam secukup rasa..


Selamat Mencuba dan menjamu selera