welcome


Saturday, November 20, 2010

5 PERKARA ROSAKKAN AKIDAH MUSLIMAH

Bagaimana kita boleh menghancurkan diri sendiri?
        ~segala-galanya menerusi hati..

1) Jangan resah dan gelisah -Menanggung sesuatu derita itu sesungguhnya amat menyakitkan,seperti kata pepatah,"berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul",sesungguhnya derita itu bukan sahaja menyakitkan hati malah ia jua merosakkan fikiran.Oleh yang demikian,usahlah kita selalu mengeluh dengan apa jua keadaan yang mendatang,kerana yang pasti masih ramai insan yang lebih malang berbanding kita.

2) Jangan sedih dan berasa derita -Hapuskanlah perasaan ini dengan beristighfar,berdoa dan memohon daripadaNya,takkala dugaan menjengah hidup,berdoalah...kerana DIA rindukan suara-suara hambaNya yang meminta-minta pada zat yang berkuasa.

3) Jangan lemah dan malas -Biasakan diri dengan ibadat,berzikir,mencari ilmu,bekerja dan beriadah.Dengan itu,hati yang sakit,bisa terubat dengan aktiviti yang sihat.

4) Jangan banyak hutang -Nafsu jika dituruti,kita tidak akan puas.Akibatnya hidup tidak tenteram jika terlalu mengejar harta,pangkat dan duniawi.Hiduplah sekadarnya,kerana harta tak menjamin bahagia.

5) Jangan kedekut dan pengecut -Rezeki itu bukan milik peribadi,sesungguhnya ianya adalah pemberiaan Allah yang tak disangka,dalam tak sedar padanya terselit hak orang miskin dan anak yatim.Oleh itu,bersedekah kamu selama mana kamu masih hidup dimuka bumi ini.


p/s : tips menjadi wanita paling bahagia didunia "Janganlah biarkan hatimu dihancurkan oleh tanganmu sendiri"

Tuesday, November 16, 2010

PUDING KARAMEL PERISA NESCAFE

Bahan-bahan A :
gula karamel
100 gram gula halus
4 camca makan air

Bahan-bahan B :
110 gram gula
500 ml susu segar
5 biji telur
2 camca makan serbuk nescafe

Cara-cara membuatnya :
1.Untuk menyediakan gula karamel,campurkan semua bahan A.
2.Masak campuran bahan A sehingga warna keperangan.Tuang ke dalam loyang pembakar dan biar gula karamel itu mengeras.
3.Untuk menyediakan puding,campurkan nescafe dan gula kedalam susu segar.Kemudian masak diatas api sehingga susu menjadi suam.Kacau gula didalam susu suam sehingga menjadi larut
4.Pecahkan telur dalam mangkuk yang berasingan.Tuangkan susu tadi ke dalam telur sambil dikacau sehingga sebati.Pastikan dikacau secara rata agar telur sekata.
5.Tuang bancuhan puding kedalam loyang pembakar yang mengandungi gula karamel tadi.
6.Bakar dalam 30minit..

p/s : Mak cakap,kalau nak puding karamel ni soft lagi,tambah jumlah telur..


Selamat mencuba dan menjamu selera..

LIMA MUTIARA HIKMAH

Posts kali ini hanya sekadar cerita,ya,memang ianya hanya sebuah cerita..namun disebalik cerita terselit hikmah yang luar biasa,dan hanya untuk hati-hati yang mendapat hidayahNya yang mampu mengambil pengajaran disebalik hikmah dan seterusnya berubah memperbaiki diri yang hina...aku,sekadar hamba yang hina,menitip cerita dari sebuah buku cerita,buku ini sudah hampir lebu di tangan ini,takkala diri terasa seperti menjauh dari kehidupan yang hakiki,tangan dan hati ini lah yang sepantasnya mencari agar diri tidak terus lupa diri..Jom baca,moga kita sama-sama saling ingat memperingati..

Seorang laki-laki datang kepada Ibrahim bin Adham seraya berkata :"Sesungguhnya aku adalah seorang lelaki yang banyak berbuat zalim terhadap diriku sendiri.Nasihatilah aku sehingga aku dapat peringatan dan keselamatan." 

Ibrahim bin Adham menjawab :"Apabila kamu kamu menerima lima perkara,maka maksiat tidak akan dapat memasukimu dan kelazatan dunia tidak akan menghancurkanmu."

Laki-laki :"Berikanlah ia padaku."

Ibrahim :"Pertama,jika kamu ingin berbuat maksiat kepada Allah,janganlah engkau makan dari rezekinya!."

Laki-laki "Bagaiman mungkin aku dapat makan dari yang lain sedangkan semua yang ada dibumi ini adalah rezekiNya?"

Aku pasti,andai aku jua ditanya dengan persoalan seperti ini,pastilah ini jawapan aku,mana mampu aku hidup di muka bumi ini tanpa makanan.Sedangkan asas untuk sesuatu hidupan itu bisa membiak dan melata di muka bumi ini adalah melalui makanan..


Ibrahim :"Wahai saudara!Apakah layak bagimu makan dari rezekinya sedangkan engkau tetap derhaka kepadaNya?"

Laki-laki :"Berikan aku yang keduanya."

Ibrahim :"Apabila engkau ingin berbuat derhaka kepadaNya,janganlah engkau menepati sedikit pun dari negerinNya."


Laki-laki :"Wahai tuan,ini lebih berat dari yang pertama!Apabila bumi ini dari timur ke barat adalah milikNya,maka dimana lagikah aku akan berpijak?"

Ibrahim :"Wahai saudara! Apakah patut bagimu makan dari rezekiNya dan berdiam di atas bumiNya kemudian kamu derhaka kepadaNya?"

Laki-laki :"Tidak,kemudian berikanlah kepadaku yang ketiga."

Ibrahim :"Apabila engaku berbuat maksiat kepadaNya sedangkan engkau tetap makan dari rezekiNya dan berdiam di negeriNya,carilah suatu tempat yang Dia tidak dapat melihatmu ditempat itu,kemudian berbuat maksiatlah di tempat itu...

Mana mungkin bumi yang diciptaNya punya tempat yang tersembunyi yang tak mampu di lihat olehNya.Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala sesuatu rahsia walhal apa yang terlintas sedetik di hati dan fikiran kita.Kadang-kadang,aku sendiri malu sendiri takkala berangankan sesuatu,kerana hati dengan pantas akan mencuit fikiran ini agar aku tersedar bahawa ada yang Maha Mengetahui..mungkin kalian atau diri yang hina sendiri punya rahsia yang tersimpul kemas di benak hati,tapi ingatlah bahawa Dia yang mengenggam sekeping hati itu,dan Dia jualah yang mencipta hati itu..ok,terus kepada cerita tadi,

Laki-laki :"Tidak,berikan yang keempat!"

Ibrahim :"Apabila telah datang kepadamu malaikat maut untuk mencabut nyawamu,katakanlah kepadanya :"Tangguhkanlah umurku sehingga aku kembali bertaubat dan beramal soleh."

Laki-laki :"Jelas.dia tidak akan mahu menerima permintaanku!"

Ibrahim :"Wahai saudara! Apabila engkau tidak mampu menangguh maut untuk bertaubat sedangkan engkau tahu bahawa maut telah datang kepadamu,maka dia tidak akan dapat ditangguh,lalu bagaiman kamu dapat berharap selamat?"

Jika di perhatikan dalam kalamNya(al Quran) sendiri ada menyatakan bahawa setiap yang bernyawa itu pasti akan mati.Untuk hati-hati yang subur dengan iman,maka bergetarlah hati-hati itu takkala ayat ini dibacakan. Sekuat mana seseorang itu,dia pasti mati.Bagaimana?Dimana? waallahua'lam..hanya Dia yang Maha Tahu..

Laki-laki :"Berikan kepadaku yang kelima!"

Ibrahim :"Apabila malaikat Zabaniah datang kepadamu pada hari kiamat dan membawamu ke neraka,maka janganlah mahu mengikuti mereka."

Laki-laki :"Mereka tidak akan membiarkan aku dan tidak akan mendengar akan permintaanku."

Ibrahim :"Maka bagaiman mungkin kamu dapat selamat dengan melakukan maksiat itu?"

Laki-laki :"Wahai Ibrahim,aku sudah puas,aku sudah puas dengan nasihatmu.Aku minta ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya.." 

Apa yang menyedihkan aku ditika ini,maksiat berleluasa,seolah maksiat itu suatu keperluan yang tumbuh berakar dihati umat yang bergelar islam.Kelihatan sang kafir tersenyum sinis,menyanyi riang takkala melihat umat islam hancur dengan suntikan halus mereka yang tak pernah henti.Bangkitlah umat Muhammad,buangkanlah segala debu dosa yang mula menempel dirimu tanpa sedar...



p/s : "Bunga zaman sekarang pun sudah pandai kiss-kiss lebah yew...isshh,bahaya betul."

Saturday, November 13, 2010

TENTANG SOLAT

Kalian sudah bersolat??untuk posts kali ini,aku hanya ingin melampirkan serba sedikit mengenai solat.Sebagai peringatan untuk kalian dan diri yang hina ini.Moga posts aku yang tak seberapa ini membuatkan segelintir hati tergerak untuk mendirikan solat dan tidak meremehkan solat yang telah diamanahkan oleh Allah.Solat merupakan perintah Allah s.w.t yang paling utama,sehinggakan perintah solat telah disampaikan kepada nabi s.a.w secara langsung dan bukannya melalui perantaraan malaikat.Menurut istilah,solat adalah perbuatan ibadah yang merupakan ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Kedudukan solat dalam islam menempati kedudukan yang tidak dapat ditandingi oleh amal ibadah yang lain.Dalam rukun islam jelas menyatakan solat merupakan ibadah pertama setelah seorang itu mengucap dua kalimah syahadah.Solat jua diumpamakan seperti tiang rumah,dan tiang serinya adalah syahadah,rumah tanpa tiang tidak mungkin akan dapat didirikan,walhal juga rumah yang kurang salah satu atau dua tiangnya,maka rumah itu akan roboh.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan dirikanlah olehmu solat untuk menyebut dan mengingatiKU" -Thaha:14

Nabi s.a.w bersabda :"Amalan yang mula-mula dihisab dan dihitung dari seorang hamba itu pada hari kiamat ialah solat.Jika solatnya baik,maka baiklah seluruh amalannya,sebaliknya jika jelek solatnya,maka jeleklah pula seluruh amalannya".

Pentingnya solat sehingga Allah s.w.t memberi ancaman kepada hambaNya yang meninggalkan solat,firman Allah s.w.tyang bermaksud :"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka Saqor? Mereka menjawab : Kami tidak mengerjakan solat." -Al-Mudtsir :42-43

Dan di posts ini juga aku nak share dengan kalian semua antara tempat-tempat yang dilarang kita solat,mungkin ada antara kita yang tidak mengetahuinya...so check out
1.Di kuburan
2.Di gereja dan candi biara
3.Tempat-tempat pembuangan kotoran/najis binatang
4.Tempat pentembelihan binatang
5.Di tengah-tengah jalan raya
6.Di tempat unta berteduh
7.Tempat pemandian umum
8.Di atas atap kaabah 

Dan ketenangan itu tersembunyi dalam solat... 

Sunday, November 7, 2010

MASAK LEMAK NANGKA MUDA

Asal usul menu ini masih dalam kajian,ntah dari mana asalnya masak lemak nangka ni  pun aku tak pasti.Apa yang pasti ini adalah antara menu kegemaran aku...ditambah dengan sambal,pergghh,,memang best ditambah lagi dengan ulam-ulaman..makan ramai sambil bersila,memang berpinggan juga aku menambah nasi nye..huhu..Jom kita masak..


Bahan-bahannya :
1 biji nangka muda
1/2 biji kelapa *diambil santannya
1 inchi kunyit hidup *diketuk

Bahan kisar :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam 

1 sudu ikan bilis 
garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya :
1.Masukkan nangka,santan dan bahan kisar dalam 1periuk.
2.Masukkan kunyit hidup,ikan bilis yang telah dibasuh bersih dan garam secukup rasa.
3.Masak dalam 10minit kemudian sedia untuk dihidang..

p/s : pesan mak,masa korang nak celur nangka tu,titiskan minyak dalam 2,3titik kat dalam periuk tu..nanti mudah sikit nak basuh periuk..1lagi,mak biasa blande kelapa parut dengan air panas,sebab? korang tak perlu kacau lagi,hanya biarkan ia mendidih kemudian tutup api je..

selamat mencuba dan menjamu selera

TOMYAM DAGING

Hurmm..sudah agak lama aku tak menjenguk blog ni,kesibukan yang mendatang membuat aku kelu seketika untuk menitip sesuatu diblog ini...kerek punya ayat,entry kali ini sebenarnya dah lama tersadai dalam inbox aku, hanya tunggu untuk di edit mana yang patut,then dipublish je..kali ini aku share resepi yang aku cipta sendiri,dan nama resepi ni pun aku tibai je..hehe,


Bahan-bahannya :
250 gram daging *dipotong kecil dan direbus
1 labu bawang besar *dimayang besar
3 ulas bawang putih *diketuk
1 batang serai *diketuk
3helai daun limau purut
1 biji limau nipis
1 batang lobak merah *dipotong memanjang
garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya :
1.Tumis bawang besar,bawang putih,serai dan daun limau purut sehingga naik bau.
2.Masukkan daging yang telah direbus beserta air rebusan daging ke dalam bahan tumis.
3.Masukkan lobak merah,garam secukup rasa.
4.Biarkan dalam 5minit,tutup api kemudian perah limau nipis...nyum3x..


Selamat mencuba!!