welcome


Sunday, October 17, 2010

NASI GORENG KAMPUNG

Entry kali ni,aku nak share resepi yang korang sendiri pun dah biasa sangat buat,”nasi goreng kampung aku”.Adik lelaki aku yang berusia 10 tahun tu pun dah pandai buat sendiri,cumanya adik aku punya nasi goreng ni,boleh di kategorikan dalam kategori nasi goreng yang tak ade perasaan la..dia tumis bawang,telur kemudian nasi..siap lew..kahkahkah..memang tak ade perasaan betul,huhu,JOM!! Tengok resepi aku,mana tau ada yang differentnya dengan korang punya..sebelum terlupa,hidangan ni aku sediakan untuk 1 orang je.

Bahan-bahan :
1 mangkuk nasi putih

Bahan kisar :
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Cili api (ikut suka korang)
Sedikit belacan
Garam secukup rasa

1 biji telur
Serbuk black papper
Kangkung
Lobak merah*dipotong dadu
Ikan bilis*digoreng
Bawang goreng (segera)
Timun (sebagai hiasan)

Cara-cara membuatnya :
1.Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2.Masukkan kangkung dan lobak,goreng sehingga sayur separuh masak
3.Masukkan nasi dan serbuk black papper dan gaul sehingga rata.
4.Buat 1 ruang kosong ditengah-tengah nasi dan letakkan sedikit minyak,kemudian pecahkan telur diruang tersebut,bila dah separuh masak korang gaul sehingga rata dengan nasi.
5.Last steps,3minit sebelum korang angkat,masukkan ikan bilis yang telah di goreng dan gaul..hidangkan bersama bawang goreng dan hirisan timun,siap untuk di makan!!

p/s : masa korang masak nasi tu,sebaiknya air tu korang ikut pot beras,ni petua dari mak sedara sabit aku sendiri la,katanya..nasi pun tak lembik.Pada aku,nasi goreng tak best kalu nasinya lembik,1 lagi,minyak untuk tumis bahan kisar tu korang lebihkan sikit,ni tips untuk nasi goreng tu kelihatan berkilat...pada aku,nasi goreng tanpa timun dan bawang goreng rasa tak mencuri selera je…

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ...

Saturday, October 16, 2010

SPAGETI

Petang yang sunyi...fikiranku berkira-kira untuk memasak sesuatu yang simple untuk perut yang mula menyanyi.Terpandang je buah tomato yang segar dan lebihan daging alanna di peti sejuk, hati berbunga riang untuk menikmati spageti yang dah berminggu-minggu aku inginkan...satu persatu bahan aku keluarkan dari peti ais..so,ape lagi..JOM!! kita masak..


Bahan-bahannya :
500 gram spageti
450 gram daging *dipotong kecil
3 biji bawang besar *dikisar
2 ulas bawang putih *dikisar
3 biji tomato buah *dipotong dadu
1 batang lobak merah *dipotong dadu
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap
garam secukup rasa
black papeer/keju *sebagai penambah rasa

Cara-cara membuatnya :
1.Didihkan air dalam 1 periuk,tunggu sehingga air menggelegak masukkan spageti,biarkan selama 7minit kemudian angkat dan toskan.
2.Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
3.Masukkan sos cili,sos tomato dan kicap,kacau sehingga mendidih kemudian masukkan daging,buah tomato, lobak dan garam secukup rasa.
4.Biarkan selama 15minit agar daging masak kemudian tuang sos/kuah spageti tadi ke atas spageti.
5.Sebagai penambah rasa,taburkan black papper atau hirisan keju di atas hidangan.

Selamat mencuba!!

KENALI TUHAN DENGAN HATI


Pernah terlintas atau tidak di hati kalian,apa tujuan Allah menciptakan alam semesta ini? tak kala memandang dada langit yang kebiruan,dengan awan putih yang cantik bergantungan,terdetik di hati ku "seperti satu lukisan yang cantik" rasa kagum terhadap ciptaan Allah yang sukar di tandingi oleh manusia.Dan di waktu aku di kaki bukit,memandang satu-persatu bukit yang gagah berdiri,dengan pohon yang menghijau menghiasi lerengnya,bertambah rasa kekagumanku terhadap kebesaran dan keagunganNYA..

Semakin aku menghayati ciptaan Allah yang terbentang di ruang mata ini,semakin terasa kekerdilan itu disisiNYA.Melihat satu-persatu panorama alam,mulutku tak henti menyebut SUBHANALLAH...maha suci Allah yang telah menciptakan alam seindah ini untuk manusia tanpa bayaran.Namun manusia masih tidak bersyukur dengan apa yang telah di kurniakan Allah,tidak memanfaatkan tiap sesuatu yang di ciptaNYA atas jalan yang sepatutnya malah tanpa malu,menggunakan segala nikmat yang tersedia dengan melakukan segala bentuk kemungkaran,kemaksiatan kepadaNYA.

Dalam surah ar Rahman,Allah menanyakan  فَبِأَىِّ ءَالاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ  maksudnya : Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? dan ia di nyatakan sebanyak 29 kali dalam surah ini.Sesungguhnya amat sedikit manusia yang bersyukur dengan nikmat yang telah di berikan.Kekadang manusia itu buta mata hatinya tak kala melihat kehebatan ciptaan manusia sehingga terpantul dari mulut mereka kekaguman yang kosong.

Fahamilah akan kalian,akal itu pinjaman dariNYA..dan ilham,idea mahupun segala kelebihan yang merantai seseorang manusia itu adalah milik Allah semata-mata.Ia pinjaman yang sementara,mungkin jua sebagai barang mahupun alat ujian terhadap hambanya.Sedarlah,keindahan,kecantikan mahupun yang sebaliknya,semuanya dari Allah.Arahkanlah kekaguman kalian pada anugerah yang diberikan hanya pada Allah..

Friday, October 15, 2010

SALAD SAYUR & ROASTED MEAT

Untuk entry kali ini,aku nak share dengan korang semua satu resepi salad yang simple,mudah dan cepat untuk di sediakan.Salad ni korang bolehlah makan dengan nasi atau korang ngap cam tu je..hehe.


Bahan-bahannya :
2 batang lobak merah
1/2 biji ubi sengkuang
2 batang timun                            di potong dadu
3 biji tomato buah
1/2 salad 

ubi kentang (segera)
nudget ayam*
mayonise Lady's choice

Cara-cara membuatnya :
1.Satukan sayur-sayur yang telah siap di potong dadu ke dalam 1mangkuk yang besar.
2.Goreng ubi kentang(segera) dan nudget,untuk nudget korang boleh potong ikut suka hati korang.
3.Kemudian satukan ubi kentang dan nudget ayam yang dah siap di potong ke dalam mangkuk sayur yang di potong dadu tadi.
4.Steps yang terakhir,gaul sayur-sayur tadi dengan mayonise Lady's choice ...dan sedia untuk di makan...

* 1st time aku buat salad ni aku guna daging ayam fresh yang dipotong kecil,kemudian di gaul dengan rempah kentucky..lagi best!! tapi kat sini aku guna nudget ayam sebagai ganti daging ayam...hurmm,sebabnya ayam fresh tak ade dalam peti ais


Selesai  aku buat salad,terfikir untuk cuba resepi adik aku yang belajar di kolej inforana tu..”roasted chicken”.tapi tengok kat dapur hanya ade beef..hurmm,ape lagi..aku tibai je ape yang ada.Jom!!kite masak..


Bahan-bahannya :
450 gram daging 

Bahan perapan :
1 labu bawang besar *dikisar
3 ulas bawang putih
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 susu kicap
1 sudu black papper
½ sudu madu
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya :
1.Potong daging slide kemudian rebus dalam jangka masa 15minit sehingga daging tu sudah hampir masak.
2.Perapkan daging yang di toskan tadi dengan bahan-bahan perapan,perap lebih kurang 20minit.Sambil korang tunggu daging sebati dengan bahan perapan,bolehlah buat sos..
3.Sapu sedikit minyak pada dulang pembakar kemudian masukkan daging yang telah di perapkan tadi ke dalam oven dan bakar selama 30minit.

Bahan-bahan untuk sos :
3 biji bawang putih *dicincang halus
½ sudu mentega
1 susu sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu kicap

Cara-cara membuatnya :
1.korang tumis bawang putih yang telah dicincang bersama ½ sudu mentega.
2.kemudian masukkan sos tomato,sos cili dan kicap.

Selamat mencuba...

Thursday, October 14, 2010

APA ERTINYA DUNIA BAGIKU?

 
Untuk entry kali ni,suka rasanya untuk aku kongsikan sedikit kisah nabi kita yang telah aku baca entah keberapa kalinya,di blog ini.Ada maksud yang tersirat disebalik kisah ini yang betul-betul menyentuh hati aku.Apa kata,korang luangkan sedikit waktu korang untuk menghayati kisah ini dengan senang hati...


Suatu ketika Umar bin Khatab menghadap Rasulullah S.A.W. Ia mendapati Rasulullah S.A.W sedang berbaring di atas tikar yang membekas di bahunya. Umar berkata “Wahai Rasulullah,mengapa tidak kau ambil tilam?”

Tiba-tiba wajah baginda merah padam kerana marah.”Apakah seperti Sarwih,wahai Umar? Saya ini seorang nabi,bukan raja. Apa ertinya dunia bagiku? Aku dan dunia tidak lain semisal pengembara yang berjalan di siang terik,berteduh sesaat di bawah pohon lalu pergi meninggalkanya.”

Cintailah sesuatu yang engkau sedang menuju padanya..