Lama tak menjenguk blog, kesian kamu ya cik blog...makin kusam, dan usang..nanti aku mekapkan yew..hahaha, masa begitu cemburui aku, keletihan membalut diri yang kerdil ini sehingga idea yang datang mencurah di biarkan pergi tanpa aku sedari, cewahh..ayat,ok hari ini aku nak kongsi serba sedikit berkaitan manusia, setahu aku manusia ni memang banyak jenis tapi tidak ketahuan berapa jeniskah manusia itu~info ini sekadar perkongsian ringan dipetik dari sebuah buku, harap memberi akan kita sedikit pengetahuan..jom baca!
Manusia 1 : manusia Mukmin
mereka yang mempercayai dengan sepenuh hati apa yang dibawa oleh Rasulullah adalah dari Allah, dan segala pengetahuan yang diperolehi digunakan untuk meningkatkan iman. Patuh segala suruhan dan tinggal segala larangan serta menjadikan al Quran sebagai panduan...inilah mukmin yang sebenar. Adakah kita tergolong dalam dolongan ini? fikir-fikirkanlah..
Manusia 2 : manusia Muslim
mereka yang tunduk dan patuh terhadap apa yang dibawa oleh Rasulullah. Mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Iman dan islam, dan antara keduanya tidak dapat dipisahkan.
Manusia 3 : manusia Munafik
dari segi istilah syara' manusia ini menyembunyikan kekafirannya dengan berpura-pura menunjukkan keislamannya samada dari segi percakapan mahupun perbuatan. Kadang-kadang orang macam ni memang susah nak detect. Tempat yang paling sesuai bagi manusia munafik ini adalah neraka yang paling bawah sekali.
Manusia 4 : manusia Musyrik
mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu makhluk yang lain serta mempercayai adanya satu kuasa lain yang lebih hebat dari Allah. contoh paling mudah untuk kita faham, bomoh...adakah kita jua menghampiri kepada manusia jenis ini? nauzubillah...
Manusia 5 : manusia Kafir
mereka yang mengingkari akan keesaan Allah, tidak mempercayai nabi dan syariat yang dibawa oleh nabi bahkan menginkari rukun iman dan islam.
Manusia 6 : manusia Murtad
manusia yang tidak lagi tunduk dan patuh pada syariat islam. Menghalalkan perkara yang diharamkan dan mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah s.w.t
Manusia 7 : manusia Fasiq
manusia yang terkeluar dari jalan kebenaran serta tidak mempedulikan segala titah perintah Allah s.w.t. Setiap permasalah yang dihadapi tidak diselesaikan mengikut syariat sebaliknya mengikut hawa nafsu sendiri. Manusia sebegini telah jelas bilangannya di masa kini. contoh yang paling jelas adalah ulama moden sekarang yang meletakkan sesuatu hukum berdasarkan fahaman sendiri, dan bukan berlandaskan al quran..subhanaAllah..
Manusia 8 : manusia Zalim
manusia yang tidak memiliki perasaan takut sedikitpun pada Allah s.w.t. Kebanyakan dari mereka tergolong dari golongan orang kafir dan tidak beriman kepada Allah. Dan sesungguhnya Allah amat membenci akan golongan ini..
*pernah aku ditanya mengenai perbezaan bagi jenis2 manusia seperti di atas, gurlpp..aku sendiri terkial-kial menjawabnya.tiada kepastian, keliru dan ragu2.. kenapa? kerana ilmu yang dipelajari tidak diamalkan dan disebarkan..itulah kelemahan diri yang kerdil ini..