Asyik kerabu jew...tak jemu ke?? hehe,tengahari tadi santap nasi dengan kerabu~wah!! memang menyelerakan, entry yang lepas,kerabu daging..untuk entry hari ni~kerabu paku pakis...kenapa kerabu?? sebab kerabu adalah masakan yang paling simple,pelbagai dan berkhasiat..kerabu yang aku entrykan kali ini simple je sebab aku hanya gunakan bahan yang sedia ada di dapur...hehe.Jom tengok resepi!!
Bahan-Bahannya :
2 ikat paku pakis
1 cawan taugeh
1/2 ikat kacang panjang *dipotong
1/2 bawang besar *dimayang
1 ekor ikan selayang *direbus & diambil isinya
2 sudu besar cuka
Garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya :
1.Satukan paku pakis,taugeh,kacang panjang yang telah dipotong dan bawang besar dalam mangkuk.
2.Masukkan isi ikan selayang yang telah direbus,cuka dan garam secukup rasa dan gaul bersama sayur/ulam tadi.
p/s : Kata mak,kalu letak kelapa lagi best...hehe..tapi,kelapa tak ada da... =P
Ok!! selamat mencuba ye!